PEMBUKAAN PENDAFTARAN AHLI PASUKAN BANTUAN SUKARELA (PBS) BSMM DAERAH KUALA LANGAT


PEMBUKAAN PENDAFTARAN AHLI 
PASUKAN BANTUAN SUKARELA ( PBS )
BSMM DAERAH KUALA LANGAT

              
PENGENALAN

                           Unit Bantuan Pasukan Sukarela Bulan Sabit Merah Malaysia adalah merupakan kumpulan ahli-ahli yang membentuk satu kumpulan yang menjalankan tugas-tugas tertentu. Unit Bantuan Sukarela ini adalah terdiri daripada sukarelawan yang aktif yang menjadi tulang belakang serta guna tenaga kepada BSMM Daerah Kuala Langat khususnya di dalam meringankan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana alam atau pun bencana yang di lakukan oleh manusia seperti peperangan dan lain-lain lagi. Unit ini juga melibatkan diri di dalam tugas-tugas tunggu sedia dan lain-lain perkhidmatan kemanusiaan seperti dalam kempen kesihatan, klinik derma darah dan pengrekrutan, klinik-klinik perubatan program penjagaan kesihatan asas dan lain-lain lagi.



                                       Seseorang ahli yang ingin menyertai Pasukan Bantuan Sukarela hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan umur yang paling ideal adalah di antara 18-25 tahun terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

 Syarat-syarat menjadi Ahli BSMM

1. Mengisi Borang Keahlian BSMM & Gambar Berukuran Passport
2. Bayaran Yuran Keahlian sebanyak RM5.00 setahun
3. Bayaran Insuran Keahlian sebanyak RM1.00 setahun
4. Bayaran Kad Keahlian sebanyak RM10.00 sekeping

KEAHLIAN 3 TAHUN = RM 28.00
KEAHLIAN 4 TAHUN = RM 34.00
KEAHLIAN 5 TAHUN = RM 40.00

Bayaran Keahlian BSMM Melalui :
Akaun Maybank
Bulan Sabit Merah Kuala Langat
No. Akaun : 562058006269

Hantar Borang Keahlian BSMM melalui emel :
bsmmkualalangat@gmail.com

Atau melalui pos ke alamat seperti berikut:
 Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Kuala Langat
D/A : No. 51, Jalan Kemuning 9, Taman Kemuning,
42700 Banting, Selangor




Comments

Popular posts from this blog

IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

APA ITU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ?