UCAPAN PENGERUSI BSMM KUALA LANGAT
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera
Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa BSMM Daerah Kuala Langat dan juga ahli-ahli BSMM Daerah Kuala Langat kerana telah bertungkus lumus dan bekerjasama antara satu sama lain bagi menjayakan pelbagai program kemasyarakatan sepanjang tahun.
Sehingga hari ini jumlah ahli BSMM Daerah Kuala Langat dianggarkan seramai 5,420 orang yang terdiri daripada ahli kanak-kanak, belia dan Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) termasuk pelajar IPT, pensyarah dan guru-guru BSMM sekolah. Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli BSMM yang tidak mengira kaun, bangsa dan agama telah mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan penduduk tempatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Saya amat berharap BSMM Daerah Kuala Langat dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan BSMM yang mahir dalam bidang pertolongan cemas dan mampu menghadapi sebarang kemungkinan bencana dan bahaya. Semoga usaha murni yang dilakukan oleh ahli-ahli BSMM dapat memberi manfaat kepada semua dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat samada waktu aman atau bahaya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli BSMM Daerah Kuala Langat kerana telah memberi taat setia serta semangat sukarelawan yang tinggi dalam memajukan persatuan ini. Semoga kerjasama yang erat di kalangan ahli dapat meningkatkan lagi prestasi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kuala Langat pada masa akan datang.
“ BERKHIDMAT PADA WAKTU AMAN DAN BAHAYA”
PUAN AZDARIAH BINTI HAJI SHAPIE
PJT, PPL
Pengerusi
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Kuala Langat
Comments
Post a Comment